Monday 1 November 2010

Kejayaan kedua kumpulan UrGENT

Kumpulan UrGENT, BPSH telah menyertai Konvensyen ICC MPC Peringkat Kebangsaan 2010 yang telah  berlangsung mulai 7 hingga 9 Oktober 2010 di Genting International Convention Centre, First World Hotel, Genting Highland.  Hasil komitmen jitu setiap ahli kumpulan dan usaha gigih yang tak pernah jemu, maka sekali lagi pasukan UrGENT telah berjaya menerima Anugerah Emas 3 bintang dan Anugerah 10 pasukan terbaik sektor awam.
TAHNIAH UrGENT......

Kini, visi pasukan berikutnya ialah mmenangi top 3 dalam Konvensyen KIK KPM 2010 yang dijadualkan berlangsung pada 29 November hingga 2 Disember 2010.  Doakan kejayaa pasukan UrGENT....

Saturday 7 August 2010

Kejayaan Pasukan CORE

Tahniah diucapkan kepada Pasukan CORE dari Jabatan Pelajaran Perak di atas dua kejayaan yang diperolehi bagi tahun 2010 iaitu :
a) Anugerah Emas Konvensyen ICC MPC Wilayah Tengah; dan
b) Juara kategori Teknikal dalam Konvensyen KIK Sektor Awam Peringkat Negeri Perak.

TAHNIAH!!!

Pencapaian Pertama UrGENT

Pasukan KIK BPSH, UrGENT telah menerima Anugerah Emas dalan Konvensyen ICC
MPC Wilayah Pantai Timur yang telah diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 26 - 27 Julai 2010.  Ini merupakan kejayaan pertama Pasukan UrGENT. 

Pasukan UrGENT  kini sedang membuat penambahbaikan untuk menyertai Konvensyen ICC MPC peringkat kebangsaan dan Konvensyen KIK KPM 2010.  Semoga Kumpulan UrGENT dapat menaikkan nama BPSH dalam kedua-dua Konvensyen tersebut.

Sunday 9 May 2010

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)








Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) telah ditukarkan namanya kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Garis Panduan telah dikeluarkan oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri pada 1 November 2009. Kepada semua pelaksana KIK sila rujuk garis panduan ini segera. Panduan pelaksanaannya lebih jelas dan terperinci. Panduan ini dikeluarkan bagi menggantikan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 Tahun 1991 - Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).




Download Garis Panduan KIK

Pengenalan KIK

KIK merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

KIK juga mempunyai prinsip asas yang mengiktiraf pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.