Sunday 9 May 2010

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)








Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) telah ditukarkan namanya kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Garis Panduan telah dikeluarkan oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri pada 1 November 2009. Kepada semua pelaksana KIK sila rujuk garis panduan ini segera. Panduan pelaksanaannya lebih jelas dan terperinci. Panduan ini dikeluarkan bagi menggantikan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 Tahun 1991 - Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).




Download Garis Panduan KIK

Pengenalan KIK

KIK merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

KIK juga mempunyai prinsip asas yang mengiktiraf pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.