Sunday 6 February 2011

UrGENT menang lagi




Pasukan UrGENT sekali lagi menyertai Konvensyen KIK KPM tahun 2011 yang berlangsung mulai 30 November hingga 3 Disember 2010 di Hotel Premiere, Klang. Konvensyen yang pertama kali dianjurkan oleh BPK selepas mengambil alih daripada BHEK telah membuat inovasi dalam aspek penganjuran. Pelbagai hadiah disediakan selain daripada persembahan-persembahan yang menarik sepanjang 3 hari konvensyen berlangsung.

UrGENT telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Pengurusan manakala Pasukan CORE dari JPN Perak sebagai Johan Kategori Teknikal.  Dari kedua-dua johan ini, UrGENT dipilih oleh panel penilai sebagai Johan Keseluruhan KIK KPM 2010.  TAHNIAH UrGENT...... 2 Anugerah diterima lagi .... Ini menjadikan UrGENT menempa sejarah BPSH apabila menerima 4 Anugerah dalam tempoh  2 bulan.  

Alhamdulillah.... Kejayaan UrGENT membuktikan usaha dan pengorbanan pasukan , komitmen pengurusan, sokongan warga BPSH  dan keluarga setiap ahli memainkan peranan yang cukup bererti sehingga membuahkan hasil.

Cabaran UrGENT untuk mengekalkan kejuaraan dalam Konvensyen KIK KPM tahun hadapan amat getir...
Semoga UrGENT akan terus maju dan menaikkan nama BPSH.

BPSH berhasrat melahirkan beberapa kumpulan baharu untuk sama-sama membentangkan inovasi yang diwujudkan di BPSH sebagai penghargaan pihak pengurusan.

UrGENT... Tahniah.... Selamat Maju Jaya

Kejayaan Berganda bagi UrGENT

Pasukan UrGENT telah berjaya memenangi dua Anugerah Dalam Konvensyen ICC MPC peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di Genting International Convention Centre, First World Hotel, Genting Highland pada 7 - 9 Oktober 2010.

UrGENT telah memenangi Anugerah Emas Tiga Bintang dan Anugerah 10 Pasukan Terbaik Sektor Awam dalam Konvensyen tersebut.  Kejayaan kedua UrGENT telah menaikkan nama KPM khasnya dan semua warga BPSH amnya.  Dengan kejayaan ini, Pasukan UrGeNT telah menerima tawaran menyertai Konvensyen ICC Peringkat Antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di Yokohaman mulai 10 - 14 September 2011.  UrGENT akan mewakili KPM ke peringkat antarabangsa sekiranya kelulusan daripada pihak Pengurusan  Tertinggi KPM diterima.  Semoga UrGENT dapat mengharumkan nama KPM khasnya dan BPSH amnya dalam ICC.