Sunday 6 February 2011
UrGENT menang lagi
Pasukan UrGENT sekali lagi menyertai Konvensyen KIK KPM tahun 2011 yang berlangsung mulai 30 November hingga 3 Disember 2010 di Hotel Premiere, Klang. Konvensyen yang pertama kali dianjurkan oleh BPK selepas mengambil alih daripada BHEK telah membuat inovasi dalam aspek penganjuran. Pelbagai hadiah disediakan selain daripada persembahan-persembahan yang menarik sepanjang 3 hari konvensyen berlangsung.
UrGENT telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Pengurusan manakala Pasukan CORE dari JPN Perak sebagai Johan Kategori Teknikal. Dari kedua-dua johan ini, UrGENT dipilih oleh panel penilai sebagai Johan Keseluruhan KIK KPM 2010. TAHNIAH UrGENT...... 2 Anugerah diterima lagi .... Ini menjadikan UrGENT menempa sejarah BPSH apabila menerima 4 Anugerah dalam tempoh 2 bulan.
Alhamdulillah.... Kejayaan UrGENT membuktikan usaha dan pengorbanan pasukan , komitmen pengurusan, sokongan warga BPSH dan keluarga setiap ahli memainkan peranan yang cukup bererti sehingga membuahkan hasil.
Cabaran UrGENT untuk mengekalkan kejuaraan dalam Konvensyen KIK KPM tahun hadapan amat getir...
Semoga UrGENT akan terus maju dan menaikkan nama BPSH.
BPSH berhasrat melahirkan beberapa kumpulan baharu untuk sama-sama membentangkan inovasi yang diwujudkan di BPSH sebagai penghargaan pihak pengurusan.
UrGENT... Tahniah.... Selamat Maju Jaya
Kejayaan Berganda bagi UrGENT
Pasukan UrGENT telah berjaya memenangi dua Anugerah Dalam Konvensyen ICC MPC peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di Genting International Convention Centre, First World Hotel, Genting Highland pada 7 - 9 Oktober 2010.
UrGENT telah memenangi Anugerah Emas Tiga Bintang dan Anugerah 10 Pasukan Terbaik Sektor Awam dalam Konvensyen tersebut. Kejayaan kedua UrGENT telah menaikkan nama KPM khasnya dan semua warga BPSH amnya. Dengan kejayaan ini, Pasukan UrGeNT telah menerima tawaran menyertai Konvensyen ICC Peringkat Antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di Yokohaman mulai 10 - 14 September 2011. UrGENT akan mewakili KPM ke peringkat antarabangsa sekiranya kelulusan daripada pihak Pengurusan Tertinggi KPM diterima. Semoga UrGENT dapat mengharumkan nama KPM khasnya dan BPSH amnya dalam ICC.

Monday 1 November 2010
Kejayaan kedua kumpulan UrGENT
Kumpulan UrGENT, BPSH telah menyertai Konvensyen ICC MPC Peringkat Kebangsaan 2010 yang telah berlangsung mulai 7 hingga 9 Oktober 2010 di Genting International Convention Centre, First World Hotel, Genting Highland. Hasil komitmen jitu setiap ahli kumpulan dan usaha gigih yang tak pernah jemu, maka sekali lagi pasukan UrGENT telah berjaya menerima Anugerah Emas 3 bintang dan Anugerah 10 pasukan terbaik sektor awam.
TAHNIAH UrGENT......
Kini, visi pasukan berikutnya ialah mmenangi top 3 dalam Konvensyen KIK KPM 2010 yang dijadualkan berlangsung pada 29 November hingga 2 Disember 2010. Doakan kejayaa pasukan UrGENT....

Saturday 7 August 2010
Kejayaan Pasukan CORE
Tahniah diucapkan kepada Pasukan CORE dari Jabatan Pelajaran Perak di atas dua kejayaan yang diperolehi bagi tahun 2010 iaitu :
a) Anugerah Emas Konvensyen ICC MPC Wilayah Tengah; dan
b) Juara kategori Teknikal dalam Konvensyen KIK Sektor Awam Peringkat Negeri Perak.
TAHNIAH!!!
a) Anugerah Emas Konvensyen ICC MPC Wilayah Tengah; dan
b) Juara kategori Teknikal dalam Konvensyen KIK Sektor Awam Peringkat Negeri Perak.
TAHNIAH!!!
Pencapaian Pertama UrGENT
Pasukan KIK BPSH, UrGENT telah menerima Anugerah Emas dalan Konvensyen ICC
MPC Wilayah Pantai Timur yang telah diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 26 - 27 Julai 2010. Ini merupakan kejayaan pertama Pasukan UrGENT.
Pasukan UrGENT kini sedang membuat penambahbaikan untuk menyertai Konvensyen ICC MPC peringkat kebangsaan dan Konvensyen KIK KPM 2010. Semoga Kumpulan UrGENT dapat menaikkan nama BPSH dalam kedua-dua Konvensyen tersebut.

Sunday 9 May 2010
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) telah ditukarkan namanya kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif. Garis Panduan telah dikeluarkan oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri pada 1 November 2009. Kepada semua pelaksana KIK sila rujuk garis panduan ini segera. Panduan pelaksanaannya lebih jelas dan terperinci. Panduan ini dikeluarkan bagi menggantikan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 Tahun 1991 - Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).
Download Garis Panduan KIK
Pengenalan KIK
KIK merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
KIK juga mempunyai prinsip asas yang mengiktiraf pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.

Subscribe to:
Posts (Atom)